Friday, 23 September 2011

Contoh Karangan

Tulis sebuah karangan tentang ‘Sambutan Hari Guru Sekolah Saya’

Pada 16 Mei, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Majlis ini diadakan di dewan sekolah untuk menghargai jasa guru. Dewan dihias dengan cantik. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa.
Selepas itu, lagu negeri Negeri Sembilan, lagu Sekolah dan lagu 1 Malaysia dinyanyikan. Seterusnya guru penolong kanan membaca perutusan Hari Guru. Kemudian, Guru Besar dan pengerusi PIBG memberi ucapan dan mengucapkan Selamat Hari Guru.
Selepas itu, guru-guru melafazkan ikrar Hari Guru dan menyanyi lagu Guru Malaysia. Seterusnya, murid-murid memberi hadiah kepada guru-guru.
Setelah itu, persembahan murid seperti tarian, lakonan, mendeklamasi sajak dan sebagainya diadakan. Murid-murid membuat persembahan dengan penuh semangat.
Seterusnya, diadakan permainan guru padang sekolah. Guru-guru dan murid-murid mengambil bahagian dalam permainan sukaneka.
Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan nyanyian lagu Negaraku dan jamuan ringan. Sambutan kali ini sungguh meriah.

Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Hobi Saya’.

Setiap orang pasti mempunyai hobi. Begitu juga dengan diri saya. Hobi saya membaca buku cerita.
Di sekolah saya mempunyai sebuah perpustakaan yang cantik. Saya membaca buku cerita di perpustakaan sekolah pada waktu rehat. Saya juga meminjam buku dari perpustakaan
Saya juga suka membeli buku cerita. Saya selalu membeli buku di pameran buku dan di kedai buku. Kini, saya mempunyai hampir 300 buah buku cerita.
Di rumah saya juga ada sebuah perpustakaan mini. Di dalam perpustakaan ini mempunyai buku cerita, majalah, surat khabar, novel, buku rujukan dan kamus.
Pada waktu malam sebelum tidur saya membaca buku bersama ahli keluarga saya. Setiap hari Ahad, saya dan ahli keluarga saya pergi ke perpustakaan awam.
Saya selalu mencatat ringkasan cerita di dalam buku Nilam. Ibu bapa saya sering memberi dorongan kepada saya. Saya memilih hobi ini kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pelita hidup.





Anda telah mengikuti suatu lawatan sambil belajar yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Anda sebagai setiausaha sediakan laporan tersebut dengan lengkap.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur
Pada 5 Mei 2011, Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini telah mengadakan suatu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.
Lawatan ini disertai oleh seramai 40 orang ahli persatuan dan 4 orang guru penasihat. Ahli rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.
Tujuan utama lawatan ini ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan ahli-ahli persatuan. Mula-mula kami melawat Zoo Negara. Di zoo kami melihat haiwan jinak dan liar.
Setelah itu, pada pukul 12.00 tengah hari kami melawat Muzium Negara. Di dalam muzium kami berpeluang melihat barang-barang purba seperti keris, pakaian raja dan sebagainya.
Pada pukul 3.00 petang, setelah makan tengah hari kami melawat putrajaya. Di Putrajaya terdapat banyak bangunan yang cantik dan pejabat kerajaan. Kami juga melawat masjid Putrajaya.
Kami sempat mengambil beberapa keping foto dan membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Kami bertolak pulang pada pukul 6.00 petang.


Disediakan oleh, 8 MEI 2011

…………………….......
(S.NAVARASAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK(T) ladang ST.Helier,Bahau


Tulis sebuah karangan bertajuk ‘ Aku Sebuah Komputer’

Aku sebuah komputer. Namaku ‘Acer’. Badanku berwarna hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer di Jepun.

Aku dieksport ke negara Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai komputer. Aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca bersama kawan-kawanku.

Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedaiku untuk membeli sebuah kamputer. Hargaku RM 2000. Beliau membeliku kerana aku cantik dan murah. Aku dibawa pulang ke rumahnya.
Aku dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Tuanku menggunakanku untuk menaip, melayari internet dan menyimpan data. Aku berasa sangat bangga dan gembira.
Lama-kelamaan, aku menjadi buruk. Pada suatu hari,aku telah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Tuanku berasa sedih.
Tuanku membuangku ke dalam sebuah tong sampah. Aku menangis teresak-esak. Maka tamatlah riwayat hidupku.

No comments:

Post a Comment